Thursday, May 4, 2017

PART 2 KUNDASANG KOTA KINABALU, SABAH 4 HARI 3 MALAM


Hari kedua kami di sini. 
Terjaga daripada tidur. Tetiba tengok luar dah terang, terloncat dari katil ingatkan bangun lambat. 
Rupanya dah pukul 5.30 pagi. kelam kabut siapkan diri. 

Plan harini memang nak jelajah kundasang dan ranau kaw kaw punya. huhu
Pagi-pagi buat air milo 3in1 sebab cuaca masih dingin. 

breakfast

pemandangan dari atas. siap bekalan jajan uolls
1. KINABALU PARK
cuaca sangat baik harini. Kami mulakan destinasi kami ke Kinabalu Park, nak tengok gunung kinabalu lebih dekat. RM3/person 
bayar di pintu masuk

bergambar di Kinabalu Park. 
Actually bagi pandangan kami, better pergi Desa Dairy Farm dahulu sebab suasana di sana lebih cantik dan menarik.

2.DESA DAIRY FARM
Dari pekan kundasang menghala ke ladang lembu. Orang kata New Zealand Malaysia. Cantik..
Jalan ke sana agak berbukit-bukit, so hati-hati guys.
Entrance fee : RM5/person
Sempat bergambar berlatar belakangkan gunung kinabalu di entrance desa dairy farm ni. 

Love


alahai omeynye

kami pilih 2 yougut dengan coklat. better coklat tu sedap. haha
Jam 8.45 kabus dah mula tutup gunung kinabalu. so memang kena datang awal kalau nak tengok secara live ni.

3. PASAR TAMU
pukul 9.30 pagi kami dah turun dari Desa dairy farm untuk ke tempat lain.
Perut pun dah lapar kan. Jadi kami menuju ke pasar tamu.


Baru nampak view bila siang. 


Serious Satay ni sedap. wajib korang cuba tau. 
4. KUNDASANG WAR MEMORIAL 
Lokasi tempat ni berdekatan dengan pasar tamu. 
Entrance fee: RM3/pax




Boleh la baca sejarah macamana british masuk ke sabah ni.



5. PORING HOT SPRING

Kami meneruskan perjalan ke daerah Ranau, about 45 minutes dari Pekan Kundasang. Jalan dia memang kampung sunyi je. Sebab nak ke kawasan air terjunkan. 
Entrance fee: RM3/pax

Tempat kolam mandi air panas. Kami berdua decide untuk tak mandi situ sebab cuaca panas jadi tak de la. Bagi yang bawa anak kecik boleh berkelah di sini. Rugi la kitorang tak bawa baju mandi. haha

So motif ke sini nak Naik Jambatan gantung atau Canopy Walk. 
Entrance: RM3/pax + RM5/camera

Perjalanan lebih kurang 1km. 
ada 5 checkpoint untuk melalui canopy walk tu. Gigih juga la sebab last hiking masa zaman degree hiking dekat bukit jambul. Ibu mengandung elakkan lah eh. hihi


Muka peluh-peluh sangat. haha

Nampak tak atas uolls

view ke bawah. Sapa tak gayat..huhu
Lepas dari poring hot spring tu kami ingat nak pegi makan. ingatkan nak makan dalam tu tapi bila tengok set makanan dia agak mahal dan tidak pelbagai. Jadi makan lah depan hot spring tu.
Banyak kedai makan . total Makan harini RM23

Nasi goreng ayam paprik. Sedap

Nasi goreng pattaya. 
6. FISH SPA KG LUANTI, RANAU 

Entrance fee : RM5/pax
Makanan ikan : RM0.20/pax

Dekat sini, suami paling happy la bagi ikan makan. aku letak sikit je kaki. sebab geli..huhu
seorang peserta boleh main dengan ikan hanya 15 minit je. sekejap sangat..huhu tapi encik suami lama-lama sikit sebab tak puas katanya. huhu


haa ada ni tengah main dengan ikan. huhu
tengok tu ada keli besor. nganga je mulur die suruh orang masukkan makanan. 
7. SABAH TEA GARDEN 

Terletak sebelah tagal fish je. Walaupun dah penat sangat tapi gigih semata nak ambil gambar je. keadaan di sini agak panas. jalan pun tak berapa  rata. Tiada entrance fee dikenakan.







masing-masing dah kepenatan. 

Jadi kami pulang dengan kepenatan dan mencipta memori terindah bersama. 
Padahal sampai resort pukul 5 petang. masih awal tapi masing-masing dah penat. 

Jadinya dinner maggi dengan air milo panas. 
Okay tamatlah cerita kami di kundasang. esok pagi nak  gerak dah ke Kota Kinabalu pulak. wihuuu


No comments:

Post a Comment