Assalamualaikum semua..
Kita bersiaran untuk trip percutian ke Negeri Di bawah bayu pula.
kira trip honeymoon juga la sebab dah beli tiket flight setahun sebelum nikah (ingatkan nikah bulan 3, 2017) so beli la tiket bulan 4.
Total tiket RM 160/pax RM392.04 (return included luggage 35kg )
Flight AK5136 KUL-BKI 10.20am-12.55pm
So kami menggunakan khidmat kawan baik ceq, zulaikha untuk hantar kitorang ke KLIA 2,
Keluar pukul 6 pagi sebab takut jammed dekat NKVE.
Sampai KLIA 2 around 7.30. Awal betul. haha
Lepas check in luggage terus beli sarapan roti. |
Kitorang ambik kereta sewa saga BLM. cari yang paling murah je. huhu
Minyak Kereta total isi RM70 untuk 4days.
Sampai terus lapar. Pusing2 cari makan. Jumpa Food court area tempat van, area sutera harbour tak silap. total makan RM13
Nasi putih lauk tempe dengan ayam goreng. boleh tahan sedap. |
husband order kueytiaw goreng. kesian rasa die manis. huhu |
Jalan dia okay la not bad, tak berliku sangat compared Cameron highland tapi masa kami naik tu hujan, jadi kabus sangat tebal menyebabkan suami memandu lebih berhati-hati.
Nak cari Resort ni senang je sebab area tepi jalan je. Belah kanan, Gunung Kinabalu belah kiri jadi tak dapatla nak berlatar belakangkan view gunung. tapi still lagi cantik.
I think tak recommend untuk ibu mengandung or orang-orang tua sebab nak ke bilik kena turun tangga.
wifi resort. WAJIB sebab line umobile langsung tak ada.huhu |
tempat yang boleh dikunjungi berdekatan dengan resort. |
Katil queen. Nasib selimut dia tebal. sejuk even tak ada aircond |
Sempat lagi encik suami posing. |
view dari bilik. few hijauuu.. i loike |
view malam. hujan |
Malam lapar so cari la makan. kitorang keluar jam 7.30 malam. gelap dia macam dah pukul 10. of course jalan sunyi dan berkabus. so lebih berhati-hati.
Jumpa pekan kundasang, ada pasar malam, beli kepak ayam. (RM5)
lepastu ada kedai makan hidayah. orang sabah dah tak ramai, ramai pelancong dari semenanjung je jalan-jalan cari makan. Makan malam ni RM10.
ambik sup daging yang banyak dan murah. Rasa beras sabah yang sedikit keras tp makan dengan sup panas2 lega . |
Sampai resort terus rehat-rehat sebab tak ada aktiviti nak buat. dan esok pagi nak bangun awal keluar jalan pusing kundasang dan ranau. wihuuuu
No comments:
Post a Comment